Sabtu, 26 Oktober 2013

SAAT SALAM
Gerakan memutar kepala ke kanan dan ke kiri secara maksima. Salam bermanfaat untuk merehatkan otot sekitar leher dan kepala menyempurnakan aliran darah di kepala sehingga mencegah sakit kepala serta menjaga ketegangan kulit wajah.

Masih ada gerakan-gerakan shalat lainnya yang memiliki segudang keutamaan , Semua ini memperlihatkan bahwa solat adalah anugerah terindah dari ALLAH SWT bagi hamba beriman .

SAUDARAKU MARILAH KITA TUNAIKAN PERINTAH SOLAT DARI ALLAH INI , SEMUANYA UNTUK KEBAIKAN KITA JUGA , JASMANI & ROHANI .
SAYA TULISKAN AYAT2 TENTANG PERINTAH SOLAT DARI AYAT ALLAH SWT DALAM SENARAI DI BAWAH, MAAF SAYA TIDAK TULISANKAN MAKSUDI AYATNYA SUPAYA TIDAK TERLALU PANJANG , PARA PEMBACA BOLEH MELIHATNYA SENDIRI DALAM ALQURAN :



Al-Baqarah ayat 43, 83 dan110
Surat An-Nisa ayat 177 dan 103
Surat Al-An`am ayat 72
Surat Yunus ayat 87
Surat Al-Hajj: 78
Surat An-Nuur ayat 56
Surat Luqman ayat 31
Surat Al-Mujadalah ayat 13
Surat Al-Muzzammil ayat 20.
Surat Huud ayat 114
Surat Al-Isra` ayat 78
Surat Thaha ayat 14
Surat Al-Ankabut ayat 45
Surat Luqman ayat 17.

akhir kata, yang baik datang dari Allah S,W.T, yang buruk dari kelemahan diri sendiri..
Wallahu'alam wa ahkam..

 

Bersolatlah Di Mana Sahaja


Solatlah di mana sahaja kerana bumi ini ialah tempat sujud
(credit to untuk-sesama-insan.blogspot for the picture)


Assalamualaikum, kali ini saya hendak memulakan perbicaraan dengan basmalah dan hadith shahih Rasulullah s.a.w.

Bismillahirrahmanirrahim..
Dari Abu Dzar r.a bertanya: "Ya Rasulullah! Masjid manakah yang mula-mula dibangun kan di muka bumi ini?" Jawab Rasulullah s.a.w : "Masjidil Haram!" Aku bertanya lagi:"Sesudah itu masjid apa?" Jawab baginda:"Masjidil Aqsa!" Aku bertanya lagi:"Berapa lamakah jarak antara kedua masjid itu dibangunkan?" Jawab baginda:"Empat puluh tahun.. Dan di mana sahaja kamu berada jika waktu solat telah tiba, maka solatlah (segera) kerana bumi ini adalah masjid (tempat sujud)." (Hadith Riwayat Muslim)

Sadaqa Rasulullah sallahu alahi wasallam

Coretan saya kali ini ingin menyentuh tentang "Solatlah Di Mana Sahaja". Kali ini saya akan menggunakan banyak gambar untuk menunjukkan bahawa kesungguhan para hamba Allah bersolat tidak mengira tempat...Entri kali ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan orang ramai terutamanya lelaki untuk meninggalkan solat berjemaah di surau atau masjid.. kerana terdapat dalam hadith Rasulullah menyeru supata umatnya terutama lelaki menunaikan solat berjemaah di tempat azan dilaungkan..

"Sesiapa yang berhasrat menemui Allah SWT pada hari esok (yakni hari akhirat) sebagai seorang Islam maka hendaklah dia memelihara Solat Solat (fardu) dengan mengerjakan Solat di tempat azan dilaungkan (yakni di masjid). Allah SWT telah mensyariatkan untuk Nabi kamu jalan jalan petunjuk dan Solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk itu. Jika kamu bersolat di rumah kamu sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang meninggalkan Solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu. Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu." (Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, An Nasai’ dan Ibnu Majah)
Di atas jalan raya dapat solat berjemaah menunjukkan kesungguhan mereka untuk bersolat


Berbalik kepada kepada tajuk utama kita, tajuk ini menarik minat saya kerana terdapat beberapa orang dalam kalangan rakyat Malaysianie yang menggunakan alasan tempat untuk melengah-lengahkan waktu solat atau meninggalkan solat.. Malah ada yang mengatakan tempat tersebut tidak sesuai untuk solat sdgkan hadith di atas mengatakan bumi ini ialah tempat sujud. Contohnya para nelayan yang sering memberikan alasan mereka tidak dapat melaksanakan solat disebabkan mereka berada di atas bot atau perahu.. Tidaklah menjadi satu kesalahan bersolat di atas bot, kapal, perahu, kapal selam sekalipun dan seumpanya... Ini ada disebut dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Dari Abdullah ibn Umar r.a. bahawasanya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda SAW: Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu? Lantas baginda menjawab: "Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam".

Imam an-Nawawi mengatakan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafi'e), apabila seseorang menunaikan solat fardhu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Berada di atas kapal tidak menghalang kita melakukan solat


Jadi tiada alasan buat yang berada di laut untuk tidak menunaikan solat fardhu kerana terdapat kaifiat yang sudah diajarkan Rasulullah s.a.w. dan rukhsah di dalam syara'.

Di atas rakit pun dapat bersolat sdgkan perahu lebih stabil dr rakit

Tak puas dengan keadaan laut, ada jugak yang kasi alasan disebabkan berada dalam kenderaan awam atau persendirian yang masih di dalam perjalanan terutamanya musafir menghalang mereka melakukan solat.. Pendapat saya ialah, kalau yang menggunakan kenderaan persendirian, boleh mencari surau atau masjid yang berdekatan untuk solat.. Tetapi macam mana pula dengan yang menggunakan kenderaan awam?? 

Ketahuilah, dibolehkan bersolat di dalam kenderaan yang masih bergerak dalam perjalanan seperti bas dan kapal terbang.. timbul pula persoalan ttg kiblat, sbb kenderaan pasti akan berubah arah dan beralih dr arah kiblat.. hmmm.. cubakita perhatikan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., ia mengandungi jawapan bagi kedua-dua persoalan ini..

Baginda SAW pernah menunaikan solat dari atas unta, kuda dan keldai. Dari Jabir r.a. katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengutusku untuk suatu keperluan, lalu aku pergi. Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada baginda SAW. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi baginda tidak menjawab. Justeru timbul dugaan di hatiku, Allah sahajalah Yang Maha Tahu. Aku berkata kepada diriku, "Barangkali baginda SAW marah kepadaku kerana aku datang agak lewat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun baginda tidak juga menjawab. Praduga di hatiku semakin bertambah. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu baginda menjawab salamku". Lantas baginda menjawab: "Aku tidak mampu (terhalang) untuk menjawab salammu kerana aku sedang solat". Ketika itu baginda sedang menunaikan solat di atas kenderaan; tidak menghadap kiblat. (riwayat al-Bukhari)

Dari Amir r.a. katanya: Aku melihat baginda SAW menunaikan solat di atas kenderaan; baginda menghadap ke mana sahaja arah kenderaan (tunggangannya) itu menghadap. (riwayat al-Bukhari)

Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Rasulullah SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).
(riwayat al-Bukhari)

Menurut ustaz saya, kalau kita bersolat dalam kenderaan yang masih bergerak dalam perjalanan, ketika takbiratul ihram, semasa kita hendak niat, palingkanlah tubuh kita ke arah kiblat(samada dalam keadaan duduk aau berdiri), kemudian kita tidak perlu lagi memalingkan tubuh kita ke arah kiblat dan bersolatlah seperti biasa walaupun kenderaan itu bertukar arah dan tidak menghadap kiblat...

Dalam kenderaan awam pun mereka mampu menunaikan solat
Kalau ada yang megatakan bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk solat walaupun tmpt tsebut bersih dr najis, cuba kita perhatikan masyarakat Islam di luar negara, ada di antara mereka yang bersolat malah di runtuhan bangunan..di jalan raya.. di pasar raya.. mereka bersolat tidak mengira tmpt asalkan tmpt tersebut bersih dan tidak kotor atau dicemari najis... Janganlah pulak ada yg bsolat dlm tandas.. Tidak dibenarkan bsolat dalam tandas sbb tandas tu memang tmpt kita membuang air.. Mari kita lihat beberapa gambar di bawah...

MEREKA BERSOLAT DI MANA SAHAJA ASALKAN DIYAKINI BERSIH

DI RUNTUHAN BANGUNAN

DI TEMPAT BERJALAN

DI PASAR TEPI ESKALATOR PASAR RAYA

DI ATAS BATU

DI PADANG YANG GERSANG
Marilah kita keluar dr pemikiran sempit yang menjadikan tmpt sbg alasan menyukarkan kita bersolat.. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. InsyaAllah..

Akhir kata, wallahu'alam wa ahkam...

 

0 komentar:

Posting Komentar